Skip to main content

My mereput days begin.

Assalamualaikum wbt.


It's been years kan since my last post pasal zaman kegemilangan form 3 kat sekolah. Well, I would like to announce that I am officially not a secondary school student lagi! Kemarin 7 December, hadap paper ICT. Masa menjawab asyik tengok jam kat dinding, bila habis masa. Tak sabar nak jadi lepasan la sangat. Ha'ah ya lah budak kelas aku semua dah 'freedom' lepas paper Biology haritu.

Yang penting, Alhamdhulillah everything went well.

I must say yeaaaaaay but sedih lah. No more homework from teachers, pakai baju kurung putih kain biru, kasut main ikat, cikgu masuk ke kelas tak ada dah "selamat pagi, cikgu", "assalamualaikum, cikgu". Aite? Tak ker sedih tu huhu.

Actually I've no idea nak post pasal apa dan tetiba feeling nak berblog semula. Baru sehari cuti dah rasa nak mereput kat rumah. So as the conclusion, aku buka laptop tengok Running Man. Dah habis tengok, main game Candy Crush Soda. Lepastu lives dah habis, tak tau nak buat apa. Aku try search anime apa yang nak ditengok kat animefreak.tv tapi WiFi buat hal. Lambat semacam aih. Tu pasal ah aku buka blog, update upgrade segala bagai even simple. Boleh ah tu.

Dah siap edit apa semua, rasa nak post tapi macam tak nak. Awkward gila buka blog baca post post yang lama, macam nak terjun bangunan pun ada. Tak apa, zaman jahiliah lagi masa tu.

Malas jugaklah nak type panjang lagi sebab sekarang dah pukul 9.59, landing timeee. Aku skema sikit bab bab tido, walaupun kawan cakap "tak remajalah tidur lewat" "malam masih muda". Okay aku nak cukup tido, mata pun sihat segar bila bangun esok kannnnz.

Okaylah kalau lagi panjang aku merepek, baik sampai sini saja lah. In Sha Allah, If Allah wills, aku post lagi untuk mengelakkan diri daripada mereput kat rumah.

Belanja sikit satu gambar kemarin,


Us (ICT students) with Ketua Pengawas & Pengawas-Pengawas Peperiksaan SPM 2015
SMK Kuhara

Yours sincerely, 
Amira.

Assalamualaikum.

Comments